Get $25 free
loading...

Siti Hasmah Tidak Mengatasi Undang-undang

Share This:

PEMBANGKANG diketuai DAP terlalu kerap menghidangkan lakonan penuh hipokrasi sejak beberapa tahun yang lepas. Mereka seolah-olah mengambil kesempatan terhadap sikap berhemah kerajaan Barisan Nasional.

Lihat sahaja video di atas. Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dalam keadaan sihat dan kuat turut sama menyertai perhimpunan haram ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ di ibu negara. Namun apabila beliau diambil keterangan berkenaan salahlaku tersebut maka pembangkang melalui media sosial melaungkan perasaan tidak puas hati seolah-olah pihak polis menganiaya isteri Mahathir.

Siti Hasmah tidak mengatasi undang-undang negara kita. Tidak ada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang. Malah Datuk Seri Najib Tun Razak pernah disoal siasat oleh pihak Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sepatutnya semua pihak tidak menganggu siasatan pihak polis. Kita perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka. Namun perkara sebaliknya berlaku setiap kali individu yang terlibat merupakan “orang-orang” pembangkang yang diketuai DAP.

Tambahan pula Siti Hasmah tidak disoal siasat tetapi diambil keterangan secara profesional oleh polis pada Jumaat lepas dengan menghormati kedudukan serta statusnya, berhubung perhimpunan yang dianjurkan tanpa notis pada September 2017.

Siti Hasmah sendiri telah membuat kenyataan umum bahawa beliau tidak berhadapan dengan sebarang bentuk intimidasi sepanjang kenyataannya dirakam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang dikeluarkan oleh penyokong-penyokong pembangkang. Isteri Mahathir sendiri bersedia memberikan kerjasama dalam melengkapkan siasatan polis.

Ini merupakan sebahagian daripada proses siasatan polis dan tidak melibatkan sebarang bentuk tekanan daripada mana-mana pihak. Keterangan dari Siti Hasmah itu diambil di bangunan Yayasan Al Bukhary, Kuala Lumpur.

Pembangkang diketuai DAP harus sedar bahawa Siti Hasmah tidak mengatasi undang-undang maka mereka perlu berfikir dua kali sebelum bertindak melulu cuba mengambil kesempatan dengan beranggapan sedemikian.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post

Najib Masih PM, Ringgit Makin Kukuh Bukti Teori Pe...
Seminar Percukaian LHDN – Persekutuan Majikan Mala...
Soal Siasat Hasmah, Sinar Harian Sekali Lagi Putar...
Laluan Basikal DAP RM2.4 juta, Laluan Basikal DBKL...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...