Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) akan menganjurkan seminar yang bertajuk “Sharing The Nation’s Prosperity” pada 6 Februari 2018 bertempat di Dorset Grand Subang, Subang Jaya, Selangor.
Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang peranan dan tanggungjawab majikan terhadap percukaian.
Disamping itu juga objektif seminar ini adalah untuk memberikan pendidikan tentang liabiliti majikan terhadap cukai dan hutang yang tertakluk di dalam Akta-Akta tertentu.
Selaras dengan aktiviti audit cukai yang dijalankan oleh LHDNM, seminar ini akan memberikan pendedahan dan perbincangan tentang audit ke atas penggajian yang dilakukan.
Secara tidak langsung, seminar ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mengenali lebih dekat pegawai-pegawai LHDNM yang terlibat.
Seminar seperti ini amat bersesuaian kepada semua golongan seperti pekerja penggajian, pemilik perniagaan, pegamal sumber manusia, pengurusan dan kewangan dan mereka yang terlibat secara langsung dengan urusan gaji pekerja, agen cukai, juruaudit atau sesiapa juga yang ingin mengetahui maklumat terkini berkenaan dengan cukai.
Antara topik yang akan dijalankan seperti tatacara penyerahan Borang E, tanggungjawab majikan ke atas cukai pekerja sama ada pemastautin atau bukan pemastautin dan tangggungjawab majikan di dalam audit percukaian turut dibincangkan.
Pembayaran ke atas pembelajaran di seminar ini diberikan serendah RM583 seorang sehingga RM689 seorang termasuk GST. Diskaun 5% juga diberikan kepada mereka yang mendaftar secara kumpulan dengan minima tiga orang atau lebih atau mereka yang telah menghadiri seminar yang sama di tahun lepas.
Bagi maklumat lanjut dan pendaftaran, bakal peserta boleh melayari di laman sesawang www.hasil.gov.my atau emailkan kepada mokthar@hasil.gov.my, muhdsyazwan@hasil.gov.my dan rosmaryati@hasil.gov.my.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini