Dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks.Jika dahulu hangat diperkatakan mengenai gambar-gambar “terlampau” seorang lelaki yang dikata sebagai YB. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.
Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Gombak, Selangor dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Selangor dari Parti Keadilan Rakyat (PKR),kini juga merupakan menteri besar Selangor.
Menurut sumber, terdahulu, hubungan terlarang antara Anwar Ibrahim dengan Shamsidar Taharin yang merupakan isteri Azmin Ali juga hebat diperkatakan pada tahun 1999 iaitu ketika perbicaraan liwat pertama Anwar Ibrahim membabitkan bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan Abu Bakar.
Baru-baru ini pula,selebriti yang juga adik kepada Azmin Ali iaitu Azwan Ali dikatakan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang semalam bagi menyiasat dakwaan skandal seks membabitkan abangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti yang didakwa sebuah blog.
Apa yang dikatakan oleh Azwan Ali bukanlah tuduhan Azmin yang melakukan perbuatan skandal seks tersebut tetapi ia menjurus kepada dua spesifikasi iaitu kepada tertuduh dan yang membuat tuduhan (blog terbabit).
Ia dianggap tuduhan yang amat serius, lebih-lebih lagi ia membabitkan maruah seorang pemimpin, dan ia bukanlah skandal seks artis tetapi skandal seks pemimpin nombor satu Selangor.
Adakah ia benar-benar berlaku? Jika tidak benar, adalah lebih baik bagi wanita yang terbabit dalam skandal tersebut tampil membersihkan namanya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.
Sehubungan itu selebriti yang terkenal Azwan Ali mencabar individu terbabit jika ada bukti ,tampil ke hadapan kerana keadilan dan Azwan juga dikatakan mencabar isteri orang itu untuk bersemuka dengannya dalam dakwaan berkenaan.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini