Get $25 free
loading...

Mukhriz enggan akui diri rakyat Malaysia memalukan, kata Salleh

Menteri komunikasi dan multimedia mempersoalkan alasan pemimpin PPBM, Mukhriz Mahathir memberitahu orang beliau berasal dari Brunei, bukannya negara lain.

salleh-keruak_mukhriz_new_600

PETALING JAYA: Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir malu mengaku dirinya rakyat Malaysia ketika berada di luar negara, sebagai memalukan.

Menteri komunikasi dan multimedia itu turut menyifatkan “pengakuan” Mukhriz yang malu memberitahu kerakyatan sebenarnya sebagai menarik.

“Tidak pernah kita dengar mana-mana rakyat Malaysia mendakwa diri mereka rakyat negara lain,” katanya kepada FMT.

Beliau mempersoalkan naib presiden Pakatan Harapan (PH) dan anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kenapa mengakui dirinya berasal dari Brunei, bukannya negara lain.

“Bagaimana Mukhriz menjawab jika seseorang tanya beliau mengenai undang-undang syariah di Brunei?

“Adakah beliau akan kata sokong atau menentangnya?

“Jika beliau sokong, kenapa Pakatan menentang Akta 355?” katanya merujuk pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen untuk membenarkan Mahkamah Syariah melaksanakan hukuman lebih berat.

Hari ini, Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah dipetik Sinar Harian sebagai berkata, beliau malu kerana Malaysia dikenali untuk sebab salah, bukannya disebabkan kemajuan negara.

“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, kita malu dan terpaksa mengaku dari Brunei sebab Malaysia banyak masalah.

“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya.

Salleh yang juga bendahari agung Umno menasihatkan Mukhriz supaya berfikir sebelum bercakap.

“Menafikan kamu rakyat Malaysia pada dasarnya berbohong. Kamu beritahu orang perkara sebaliknya.

“Bukankah itu lebih memalukan daripada beritahu anda rakyat Malaysia?”



The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...