Get $25 free
loading...

SPR Jawab Tepat Fitnah Oleh Nurul Izzah

Share This:

Ahli Parlimen PKR-Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tidak perlu membuat cerita karut lagi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sepertimana yang dia lakukan dalam PRU13 untuk menang kerusi itu dulu, kerana rakyat sudah tahu tembelangnya.

Minggu lepas, Nurul Izzah yang merupakan anak kepada Anwar Ibrahim buat dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan membuat penyelewengan undi ppos dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan 4 juta orang pengundi pos terdiri dari anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk bantu parti kerajaan menang.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah tampil menjawab bahawa anggota RELA tidak dikategorikan sebagai pengundi pos dalam sesuatu pilihan raya.

Beliau menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat pemimpin politik berkenaan bermungkinan berlaku kerana kekeliruan terhadap anggota RELA yang disalah erti sebagai termasuk dalam kategori anggota Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia (PVR).

Menurutnya, dalam warta bertarikh 23 Oktober lalu, hanya anggota PVR yang dilantik di bawah seksyen 35 Akta Polis 1967 dan diperaku oleh majikannya bahawa ia menjalankan tugas pada hari mengundi saja diberikan kemudahan pengundi pos.

“Perkara 3(1) hingga (4) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, menetapkan bahawa mana-mana warganegara yang sudah mendaftar sebagai pemilih boleh mengundi secara pos, dengan syarat mereka perlu tergolong dalam satu daripada kategori yang ditetapkan oleh SPR,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Minggu lalu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam kenyataanya menyebut terdapat penyelewangan undi pos dan mendawak SPR akan menggunakan 4 juta pengundi pos terdiri anggota RELA bagi membantu UMNO-BN memenangi PRU akan datang.

Mengulas perkara itu, Hashim berkata pihaknya memberi jaminan bahawa setiap undi rahsia dan pemilih bebas untuk menentukan pilihan mereka.

“Pada masa sama, SPR juga menyelar dakwaan tidak berasas yang dibuat tanpa fakta yang sahih dan menganggap ia berniat mengelirukan rakyat pada saat menjelangnya PRU-14,” katanya.

Sementara itu, Hashim berkata baharu-baharu ini SPR mewartakan beberapa kategori tambahan untuk mengundi secara pos demi memastikan keselamatan, kesihatan dan perkhidmatan kepada rakyat terjamin.

Sehingga kini pengundi pos terdiri daripada anggota tentera dan anggota polis, petugas media dan petugas pilihan raya, pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara,

Manakala senarai terbaharu memasukkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, PVR, Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Petugas kesihatan dan kakitangaan Jabatan Pendaftaran Negara yang bertugas di Pusat Transformasi Bandar.

“Kemudahan pengundian pos itu tidak diberi secara automatik, sebaliknya mereka hendaklah memohon sebagai pengundi pos dengan perakuan oleh ketua jabatan masing-masing, apabila tempoh permohonan dibuka oleh SPR melalui pemakluman rasmi,” katanya.

Beliau turut menegaskan, mereka yang tidak memohon tidak layak menjadi pengundi pos, dan jumlah sebenar mereka yang berdaftarhanya dapat diketahui secara tepat selepas permohonan itu dibuka dan diterima.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...