Get $25 free
loading...

Nafsu Pelik Suami, Terangsang Bila Paksa Isteri Lakukan Seks Dengan Pekerja Bangladesh

Share This:

Seorang wanita terpaksa menanggung derita hamil tujuh bulan akibat nafsu seksual suami yang pelik, selepas suaminya berulang kali memaksa dirinya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad, wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.

“Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.

“Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.

“Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

“Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai,” katanya.

Mangsa mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Jelasnya, Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan.

“Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

“Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan,” kata Ali.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...