Get $25 free
loading...

Parti Bunga Lupa Mahathir Bapa Segala Tol

Share This:

Baru-baru ini, bajet 2018 mengenai pemansuhan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Selangor, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Johor telah dilaksanakan dan berkuatkuasa tengah malam menjelang tahun 2018 dan mendapat sokongan para pembangkang.

Pemansuhan kutipan tol berkenaan adalah selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu.

Mengikut kenyataan itu, pemansuhan kutipan tol adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan kos sara diri dan meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya di Selangor, Kedah dan Johor berbanding ‘omong kosong’ intipati yang diperjuangkan oleh pembangkang.

Dalam pada itu, parti pembangkang dilihat teruja pula dan menyokong bajet 2018 mengenai beberapa pemansuhan tol tersebut tetapi mereka lupa dalam masa yang sama mereka menyanjung tinggi dan mendukung ‘Bapa Segala Tol’, bekas pemimpin yang membuat perjanjian berat sebelah, menguntungkan sesetengah kroni tetapi merugikan dan menindas rakyat.

Jika dilihat pada kenaikan kadar tol pada zaman Mahathir, ia telah mengundang kemarahan kepada para pengguna.

Dan mereka kemudiannya meletakkan kesalahan ke atas Najib apabila kenaikan kadar tol berlaku.

Memetik sumber mengatakan,hampir kesemua perjanjian konsesi telah ditandatangani pada era Mahathir, dan untuk beberapa perjanjian lain seperti Maju Expressway yang dibina oleh Abu Sahid serta Denai Desaru Highway yang dibina oleh Ranhill Hamdan Mihamad pada tahun 2004. Kedua-duanya telah memperolehi surat perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani sebelum Mahathir meletakkan jawatan.

Lebuhraya Utara-Selatan PLUS dibina pada awalnya oleh kerajaan melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia setelah dirancang pada tahun 1977, sewaktu zaman kepimpinan Tun Hussein Onn. Ia memulakan pembinaannya setahun sebelum Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri, iaitu pada tahun 1980.

Sepanjang tahun 1980 hingga 1985, LLM dikatakan telah membina sepanjang 366 km atau 41% daripada cadangan 823 km lebuhraya dengan kos sebanyak RM 3.2 bilion yang ditanggung oleh kerajaan.

Menurut sumber, pada tahun 1986, keseluruhan projek telah diberikan kepada Halim Saad dari UEM, pembida yang menawarkan harga tertinggi walaupun pihaknya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembinaan lebuh raya.

Akhirnya, lebuhraya tersebut diserahkan lewat 2 tahun dari tarikh sebenar dan kerajaan pada ketika itu telah pun membiayai separuh daripada bajet RM 3.5 bilion, bersamaan dengan RM 1.65 bilion. Malah, kita juga perlu membayar kadar tol selama 30 tahun, dan juga 10% daripada bil setiap tiga tahun jika kadar tol tidak mendapat kebenaran untuk dinaikan.

Ini mengingatkan kita kepada perjanjian IPP yang telah diberikan Mahathir kepada YTL, perjanjian tersebut telah pun berakhir dan tidak diperbaharui pada zaman pentadbiran Najib.

Pada tahun 2011, pentadbiran Najib mengambil alih PLUS dari tangan swasta, perjanjian konsesi disusun semula, dan kenaikan tol dapat dihalang. Kerajaan memiliki 51% daripada saham keseluruhan PLUS manakala 49% lagi dimiliki oleh KWSP.

Semua perjanjian konsesi dikatakan kini tidak lagi tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi. Walau bagaimanapun, sehingga kini MEX masih enggan mendedahkan kepada umum butir-butir perjanjian konsesi yang telah ditandatangani.

Persoalannya di manakah sifat murni pembangkang yang hipokrit apabila menyanjung ‘Bapa Segala Tol’, namun menyokong pula Bajet 2018 ini?

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...