Get $25 free
loading...

Nada Gurauan Suami Akhirnya Bertukar Sedih Selepas Mahkamah Sahkan Talak Tiga

Share This:

Memetik sumber mengatakan, orang yang serius (jaad) adalah orang yang mengucapkan talak dengan ucapan dan benar-benar memaksudkan (meniatkan) untuk mentalak. Sedangkan orang yang bergurau (hazil) memaksudkan ucapan talaknya dengan ucapan, namun tidak benar-benar meniatkan untuk mentalak. Seperti ucapan ketika bergurau dengan istri, “Saya talak (ceraikan) kamu”.

Padahal ucapan itu hanya bergurau atau main-main. Apakah talak dari orang yang bergurau sama dengan orang yang serius?

Kisah seorang wanita muda lingkungan 30’an bersama dengan seorang rakan yang telah dikongsikan di sebuah laman sosial ini banyak memberi pengajaran kepada pasangan.

Katanya baru balik dari Mahkamah Rendah Syariah. Wanita itu bercakap dengan nada perlahan.

Aku cuba mendengar dengan jelas. Dia memulakan bicara.

“Boleh tak kalau saya dan suami merujuk kembali?” soalnya.

“Puan bercerai talak berapa?”

“Talak tiga,” katanya sambil menangis teresak-esak.

“Allah!” spontan keluar mulut aku.

Si rakan cuba menenangkan dia. Seorang kakitangan wanita Pejabat Agama Islam memberikan penjelasan kepada wanita itu.

“Puan dan suami tidak boleh merujuk kembali sebab puan sudah bercerai dengan talak tiga melainkan selepas tamat iddah, puan berkahwin lain dan jika puan bercerai puan boleh berkahwin semula dengan suami yang pertama,” jelasnya.

Wanita muda itu seolah-olah meluahkan perasaan, jadi saya pun mendengar masalah dia. Katanya, suaminya tidak melafazkan talak tiga di depannya.

“Jadi, macam mana puan tahu suami ceraikan puan dengan talak tiga?” soal aku.

“Begini, suami saya dengan nada gurauan bersembang dengan kawan dia ‘aku sudah ceraikan isteriku dengan talak tiga’. Balik ke rumah, suami menceritakan kepada saya. Suami kata dia bergurau. Saya terus merujuk di Mahkamah dan Mahkamah memutuskan talak jatuh. Luluh hati saya,” katanya.

Aku hanya kata, “Puan, banyakkan bersabar ye. Minggu depan puan datang ke sini berjumpa dengan pegawai kami jika puan inginkan khidmat nasihat. InshaAllah kami akan bantu berikan puan semangat. InshaAllah,”.

Secara jujurnya, aku benci dengan lelaki yang suka bermain dengan talak! Bergegar Arasy Allah.

Justeru, bagi suami yang mengucapkan kata “talak” (cerai) walau dalam keadaan bergurau atau main-main asalkan lafazh talak tersebut keluar shorih (tegas), maka talak tersebut jatuh jika yang mengucapkan talak tersebut baligh (dewasa) dan berakal.

Sehingga tidak ada alasan jika ada yang berucap, “Saya kan hanya bergurau”, atau “Saya kan hanya main-main”. Meskipun ketika itu ia juga tidak berniat untuk mentalak istrinya.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...