Memetik sebuah kisah lama yang telah dikongsikan mengenai azab kubur terhadap golongan yang murtad ini benar-benar memberi satu pengajaran pada umat islam.
Kisah ini berdasarkan kisah benar dan bukannya rekaan semata-mata. Tujuan artikel ini disiarkan bukanlah untuk mengaibkan mana-mana individu yang terlibat tetapi sebagai pengajaran dan pedoman buat kita yang masih hidup. Kisah 1 Kisah ini adalah berkenaan seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan.
Telah beberapa kali Razali (bukan nama sebenar) menduduki peperiksaan PMR tetapi namun dia tetap gagal. Pada suatu hari, di hadapan kawan-kawannya, Razali telah berkata, “Kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk agama Kristian”.
Dengan izin Allah, beliau telah lulus dalam peperiksaan tersebut dan tidak lama kemudian, beliau terlibat dalam kemalangan dan seterusnya meninggal dunia. Jenazah Razali diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaannya dan dikebumikan berdekatan dengan masjid.
Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari arah kubur si mati. Apabila ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa si mati adalah seorang budak yang baik.
Namun begitu, terdengar tangisan yang berterusan dari kubur berkenaan. Setelah ditanya dan disiasat betul-betul, barulah dimaklumkan mengenai nazar si mati dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian.
Selepas dipindahkan, barulah tiada tangisan yang kedengaran. Oleh itu, marilah kita sama-sama ambil pengajaran dari kisah di atas.
Kisah 2
Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah mereka diuruskan, didapati salah satu dari jenazah tersebut telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain lagi.
Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan yang terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan oleh mereka terpaksa dibuang kukunya kerana ada pewarna kuku dan kepalanya turut dicukur kerana rambutnya telah diwarnakan. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memastikan ‘roh’ tersebut tidak merayau, namun semuanya gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan si mati, dan dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan si mati ada terdapat tatu, namun tidak diketahui pula apa yang dilukiskan pada tatu tersebut.
Setelah beberapa lama dan mungkin sebagai jalan penyelesaian terakhir, jenazah si mati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau-rayau lagi. Jadi, ada kemungkinan bahawa tatu yang terdapat pada badan si mati berlambangkan salib dan si mati sebenarnya adalah seorang kristian, walaupun pada zahirnya beliau berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam. Si mati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun.
Justeru , memetik para ulama mengatakan zaman berzaman pun menaskan bahawa orang kafir tidak boleh dikebumikan di perkuburan muslimin. Dan orang Muslimin pula tidak boleh mengebumikan seorang muslim di perkuburan yg khas untuk bukan Islam.
Ia adalah azab siksa bagi mereka berniat keluar dari Islam dan mereka mengadakan provokasi agar orang-orang yang belum masuk Islam tidak memasuki Islam.Allahuakbar!!
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini