Get $25 free
loading...

LHDNM Tuntut RM45.9 juta Ke Atas Cukai Dan Penalti Kepada MMC Corp

Share This:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menuntut MMC Corporation Berhad membayar sebanyak RM45.9 juta sebagai tambahan ke atas cukai dan penalti bagi tahun taksiran dari 2011 hingga 2013.

Berdasarkan audit cukai yang telah dijalankan oleh LHDNM, notis taksiran cukai dan penalti tersebut telah dikeluarkan dan diserahkan kepada MMC untuk tindakan lanjut

Syarikat MMC yang meceburi dalam bidang pelabuhan, logistik dan penjanaan kuasa, memaklumkan kepada Bursa Malaysia, MMC berkata, ia menerima notis taksiran pada 27 Disember 2017.

“Menurut notis berkenaan, cukai pendapatan tambahan dikenakan kerana LHDN berpendapat perbelanjaan faedah berkaitan pelaburan tertentu oleh MMC tidak layak untuk mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967,” katanya.

MMC berkata, selepas berunding dengan penasihat cukainya, ia berpendapat terdapat alasan munasabah untuk mencabar notis taksiran itu dan merancang memfailkan notis rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan serta mengambil semua langkah perlu.

Walaubagaimanapun, ia berkata, kumpulan itu akan membuat pembayaran penuh cukai pendapatan tambahan tanpa prasangka kepada LHDN.

Menurut MMC lagi, cukai pendapatan tambahan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan penting ke atas aset bersih atau penggearan Kumpulan MMC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...