Get $25 free
loading...

(Video) “Saya Dipijak, Ditendang, Dipukul” – Wanita Bantu Suami Turut Dibelasah Hingga Pengsan

Tular di media sosial sebuah rakaman video cctv yang memaparkan sekumpulan lelaki membelasah seorang lelaki di belakang Restoran Yussof Curry House, Api-api Centre, Kota Kinabalu, Sabah membangkitkan kemarahan ramai pihak.

Ramai pihak terutamanya netizen mengecam tindakan suspek yang berbadan besar, berkepala botak dan memakai baju rona putih turut membelasah isteri kepada mangsa apabila isteri mangsa cuba meleraikan kumpulan lelaki itu membelasah suaminya.

Dalam kejadian jam 02 Jun, Ahad lalu, sekitar jam 1.00 pagi itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Haslinda Binti Aziz dilihat berlari ke arah suaminya yang dibelasah oleh tiga lelaki, namun ditolak oleh suspek yang botak dan gemuk itu hingga terjatuh.

Wanita yang berusia 31 tahun itu bangun dan mempertahankan suaminya namun ditarik semula hingga terjatuh ke lantai dan pada masa itulah, dia ditendang berkali-kali oleh suspek ‘Botak Gemuk’ itu.

Tidak habis di situ, suaminya terus dibelasah dan Haslinda masih membantu meleraikan suspek dari memeluk dan memukul suaminya.

Namun, suaminya dan Haslinda terjatuh ke lantai dan sekali lagi ‘Botak Gemuk’ dan rakannya menendang dan memijak mangsa serta Haslinda.

Akibat terlampau kerap ditendang dan dipijak, menyebabkan Haslinda jatuh pengsan dalam pergelutan itu dan ditarik oleh orang awam daripada pergelutan tersebut.

Laporan polis oleh Haslinda Binti Aziz

Selepas kejadian tersebut, Haslinda pergi ke Balai Polis Karamunsing, Kota Kinabalu untuk membuat laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut.

Dalam laporan polis Haslinda mengatakan salah seorang rakan suspek ada berteriak di hadapan kedai yang dia akan membakar kedai miliknya.

“Saya bakar kedai kamu, kamu pendatang asing mahu lawan saya ka? Saya ada orang kuat di mahkamah!” – Rakan suspek.

Menurut Haslinda, semasa di dalam balai polis, lelaki yang dikatakan mempunyai pengaruh besar itu turut menunjukkan rasa tidak puas hati dan bersikap angkuh.

Disebabkan teruk dibelasah, dipukul, ditendang, dipijak dan ditumbuk, Haslinda mengalami lebam dan bengkak di bahagian seluruh anggota badannya dan mengalami sakit di bahagian perut.

Dalam mesej yang tular di laman sosial, Haslinda merayu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada semua suspek.

Punca kejadian wanita ini kena belasah teruk oleh suspek lelaki badan gemuk dan botak ini tidak diketahui dan semoga pihak berkuasa dapat menyelesaikan dengan segera.

Video wanita dibelasah, ditendang, ditumbuk dan dipijak oleh samseng ‘Gemuk Botak’

Video samseng ‘Gemuk Botak’ tunjuk hebat dalam balai polis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...