Get $25 free
loading...

Lelaki Cina Berkopiah & Berkain Pelikat Sembah Tokong Bebas Jaminan Polis Selepas Ditahan

Rakaman video memaparkan seorang lelaki Cina berkopiah menyembah tokong dengan berpakaian kain pelekat dan berkopiah di Tanjung Piandang, Bagan Serai mencetuskan kontroversi dan viral melalui laman sosial Facebook baru-baru ini.

Lelaki tersebut adalah lelaki yang  dan berasal dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang elah ditahan oleh pihak polis setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, pada jam 5 petang semalam, lapor Sinar Harian.

“Bagaimanapun, tiada rampasan dibuat ke atas suspek kerana pakaian dipakai oleh suspek seperti dalam klip video yang tular dalam laman sosial telah dialihkan dan dibuang oleh individu tidak dikenali.

“Suspek kini ditahan di dalam lokap Balai Polis Bagan Serai dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Parit Buntar pagi esok,” – Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob.

Hasil siasatan pihak polis, suspek memaklumkan pakaian dipakainya sewaktu mengadakan aktiviti pemujaan tokong ‘Dato Kong’ di Taman Piandang Indah, Tanjung Piandang tempoh hari adalah syarat pemakaian wajib dikenakan ke atas setiap pemuja.

Lelaki Cina Berkopiah & Berkain Pelikat Sembah Tokong Bebas Dengan Jaminan Polis

Lelaki Cina yang berpakaian seperti ‘lebai’ sembah tokong ‘Dato Kong’ itu telah dibebaskan dengan jaminan polis dalam tempoh 24 jam iaitu sebelum jam 7 petang atau sehingga siasatan pasukan khas itu selesai, memetik Sinar Harian.

“Suspek sepatutnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit Buntar bagi mendapatkan permohonan reman pada pagi ini.

“Namun permohonan reman dibatalkan susulan pasukan siasatan khas dari Ibu Pejabat Polis cawangan Bukit Aman hendak menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek hari ini,” – Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob.

Jangan risau, polis memberi jaminan kes kontroversi membabitkan suspek itu tidak akan terhenti setakat itu sahaja dan siasatan menyeluruh dari pelbagai aspek bagi memastikan kes dijalankan mengikut undang-undang ditetapkan.

Video lelaki cina pakai kopiah & kain pelikat sembahyang tokong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...