Memang melucukan apabila Stacy Anam tersasul menyebut perkataan pertubuhan menjadi persetubuhan semasa membaca berita.
Rakaman video yang Stacy kongsikan menerusi laman Instagram miliknya memaparkan dia dijemput sebagai pembaca berita bagi projek Komuniti Awani yang bersiaran di saluran Awani 501.
Namun, Stacy tersasul menyebut perkataan pertubuhan menjadi persetubuhan menyebabkan suasana studio menjadi gamat.
“Pertubuhan jadi persetubuhan saya sebut. Bukan senang mau baca berita tau terbelit-belit lidah mau kejar tu ayat.
“Ini lah antara behind the scene yang tersalah. Nasib baik bukan live. Anyway, siapa yang ada tengok komuniti awani tadi? – tulis Stacy di Instagram.
Menurut Stacy, dia mengakui menjadi pembaca berita bukan suatu tugas mudah dan bernasib baik kerana ia dilakukan secara rakaman.