Seorang lelaki terkejut apabila mendapati kunci rumahnya hilang secara tiba-tiba selepas mabuk dan terpaksa meminta ahli keluarganya membuka pintu.
Lelaki yang dikenali sebagai Chang itu terus masuk ke dalam bilik dan tidur kerana dia terlalu mabuk.
Keesokan harinya Chang yang berusia 26 tahun itu terbangun kerana terasa sakit di bahagian dada lalu pergi membuat pemeriksaan di Hospital Dongguan, China.
Doktor
Menurut laporan Sohu, doktor percaya Chang menelan kunci itu semasa dia mabuk teruk yang menyebabkan Chang tidak menemui kunci pintu rumahnya pada malam kejadian.
Doktor terpaksa mengeluarkan kunci tersebut dengan segera kerana bimbang kunci itu termasuk ke bahagian lebih dalam boleh mengakibatkan kemudaratan yang lebih teruk seperti esofagusnya terkoyak sekiranya mereka cuba mengeluarkan kunci itu secara paksaan.
Akhirnya, doktor berjaya mengeluarkan kunci tersebut selepas melakukan pembedahan terhadap Chang.

Pertukaran Tarikh Perlawanan Akhir Piala Malaysia, ...

Rakyat Berbelanja Guna Buy Now Pay Later Sehingg ...

Maguire Dalam Radar Skuad England-tuchel ...

Setuju Pindah! Pihak Pengurusan Kuil Peroleh Kata ...