Seorang lelaki yang teruja untuk membuat kejutan hari jadi teman wanitanya mengalami kemurungan selepas melihat teman wanitanya bersama dengan lelaki lain.
Menerusi laman Twitter, Ken Wong berkongsi gambar dirinya memegang sejambak bunga dan di belakangnya terlihat seorang wanita yang dipercayai teman wanitanya memeluk erat seorang lelaki.
“Hari ini adalah hari jadi teman wanita saya, jadi saya terfikir untuk membuat kejutan kepadanya.
Saya tidak mengharapkan untuk melihat adegan ini.” – tulis Ken Wong di Twitter
Kejadian yang berlaku di kawasan tempat letak kereta salah sebuah bangunan di China ini mendapat perhatian netizen dan pelbagai reaksi yang diberikan.
Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Ken dan mahukan Ken meninggalkan teman wanitanya yang curang itu.
Tetapi ada juga netizen yang berpendapat salah faham berlaku, mungkin teman wanitanya hanya memeluk seorang kawan dan ada yang mendakw situasi itu adalah dirancang dan lakonan semata-mata.
原本想给生日的女友一个惊喜 pic.twitter.com/hqfN0l4eng
— Ken Wong (@KenWong_) June 4, 2019