Get $25 free
loading...

Melahirkan Bayi Perempuan Lagi, Wanita Cekik Anaknya Sampai Mati

Gara-gara melahirkan bayi perempuan lagi, seorang wanita ditahan polis kerana disyaki memukul dan mencekik anak perempuan berusia 10 hari hingga mati.

Menurut India Today, jurucakap polis memberitahu, suspek Anuja Kale, 26 tahun, membunuh anaknya pada 31 Mei lalu kerana tertekan melahirkan bayi perempuan untuk kali ketiga.

“Wanita itu memukul mangsa bernama Piyu dengan objek tumpul sebelum mencekiknya hingga mati. Ketika kejadian, suaminya bekerja di luar kawasan,” – Polis.

Dalam kejadian itu, Anuja kemudian menghubungi suaminya dan memberitahu bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di daerah Nashik, Maharashtra.

Suspek bersama suaminya bergegas menghantar mangsa ke hospital namun doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik dia dihantar ke hospital.

Curiga dengan kenyataan dan kelakuan isterinya, suami suspek membuat laporan polis atas kematian anak mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...