Get $25 free
loading...

Pelanggan Dirantai Di Kerusi Restoran, Elak Terus Lari Selepas Makan

Seorang lelaki mencetuskan kontroversi apabila berkongsi gambar mendakwa dirinya dirantai pada kerusi di sebuah restoran di media sosial.

Lelaki yang berasal dari Venuzuela itu mendedahkan kejadian yang pertama dialaminya seumur hidup itu di salah sebuah restoran di Peru.

Dia mendakwa dirinya dirantai pada kerusi bagi mengelakkanya daripada meninggalkan premis tanpa membuat bayaran selepas makan.

Menurut portal La Patilla, seorang wartawan yang dikenali sebagai Luis Martinez telah memuat naik gambar tersebut di Twitter dan mendakwa seorang lelaki mengambil gambarnya sendiri selepas dirantai pada kerusinya.

Portal La Patilla menyifatkan gambar tersebut sebagai bukti diskriminasi terhadap emigran Venezuela yang meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke beberapa negara seperti Colombia, Brazil dan Peru.

Rata-rata netizen mengecam tindakan pemilik restoran itu dan berpendapat tiada sesiapa pun berhak diberikan layanan sedemikian.

Luis Martinez menjelaskan lagi bahawa lelaki berkenaan tidak mengetahui dirinya akan dirantai pada kerusi sehingga seseorang membawa rantai.

Bengang dengan dirinya dilakukan sedemikian, lelaki tersebut hanya mengambil gambar-gambar sebagai bukti dan kemudian meninggalkan restoran tersebut serta bercadang untuk membuat aduan mengenai kejadian itu.

Tidak lama selepas dimuat naik gambar tersebut telah dipadam dari laman Twitter wartawan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...