Susulan viral sebuah video yang memaparkan seorang makcik mengamuk di sebuah restoran Chicken Rice Shop, Alamanda Shopping Mall Putrajaya, yang dimuat naik oleh perakam di laman Twitter @zzabidin mengundang kemarahan kalangan netizen.
BACA : Pelanggan Dirantai Di Kerusi Restoran, Elak Terus Lari Selepas Makan
Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan wanita hanya ingin dikenali sebagai Datin Nona itu suatu yang biadab kerana menengking dan memarahi kakitangan restoran nasi ayam itu di khalayak ramai.
Wanita yang berusia 60 tahun telah mendedahkan punca dia mengamuk kepada mStar, dan menjelaskan dia mempunyai sebab tersendiri untuk bertindak sedemikian.
“Saya pelanggan tetap kedai nasi ayam ini dan pernah berdepan situasi sama sebelum ini. Kadang-kadang saya panggil atau angkat tangan, mereka buat-buat tak nampak seolah-olah saya ni tak wujud di situ.
“Jadi kali ini saya fikir perlu lakukan sesuatu. Saya hanya nak kedai itu serta kedai-kedai makanan lain untuk menghormati pelanggan warga emas, OKU, keluarga yang ada anak kecil dan ibu mengandung.
“Saya tengok budaya macam ni dah tak ada dalam kalangan anak muda hari ini,” – Datin Nona.
Isteri kepada komposer terkenal itu menjelaskan lagi dia berang selepas kakitangan wanita itu didakwa bersikap kurang ajar kepadanya sebagai pelanggan.
“Waktu tu saya pergi bukan peak hour, kira-kira pukul 5.30 petang macam tu tambahan pula ada lagi empat meja kosong, cukup-cukup untuk yang datang waktu tu. Saya kata dik tu ada lagi meja kosong biar kami masuk bawa mak saya duduk di situ.
“Sementara saya panggil mak saya jalan masuk, dia boleh kata kalau duduk kita tak layan. Saya ingatkan pekerja wanita itu tak maksudkan apa dia cakap. Kami tunggu lama jugalah dekat 10 minit sampai mak saya tanya mana orang nak ambil order ni.
“Sebab itu saya tinggi suara dekat dia. Perkataan macam tu saya tak boleh terima kerana saya ada pengalaman dalam industri makanan dan perkhidmatan. Saya sendiri tak pernah bercakap dengan klien atau pelanggan saya seperti itu. Tidak pernah…. dia memang kurang ajar,” – Datin Nona
Bagaimanapun isteri kepada komposer terkenal itu berkata, dia tidak peduli dengan kecaman netizen kerana mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku.
“Kita tak boleh harapkan mereka untuk bersikap matang… guna bahasa baik. Mereka lebih suka guna kata-kata kesat, suka ugut orang. Ada yang ugut nak bunuh saya, cari saya. Sampai macam tu sekali. Dahsyat sungguh.
“Bagi saya itu bukan satu isu. Buatlah apa sahaja yang anda suka. Bagi saya video tu semua fakta. Mungkin pendapat orang berbeza tapi saya dah jelaskan situasi sebenar. Saya hanya mahu kedai itu perbaiki perkhidmatan mereka. Itu sahaja,” – Datin Nona.
Datin Nona juga mendakwa ada individu yang hendak mencarinya dan mengugut untuk membunuhnya gara-gara video tersebut.
Dia juga memberitahu ada yang mencari suami dia di Facebook untuk menyuruh dia minta maaf pada restoran dan rakyat Malaysia dan dia menjelaskan tiada keperluan untuk dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia seperti yang digesa sesetengah netizen.
“Ada yang sampai cari suami saya di Facebook suruh saya minta maaf pada kedai tersebut dan rakyat Malaysia. Apakah saya buat salah pada rakyat Malaysia?
“Pelik betul. Bagi saya mereka tak matang. Saya hanya kata kepada seorang individu sahaja yang kerja tak ikhlas. Saya tak kata kat semua orang. Kalau saya cakap kat semua orang lainlah, jadi barulah saya akan minta maaf kepada semua.
“Nak suruh saya minta maaf satu Malaysia tu agak melampaulah. Patutnya ia sesuatu yang anda tak payah ambil serius atau simpan dalam hati. Sebab anda tak jumpa pun orang tu depan anda,” – Datin Nona.
Rupa-rupanya, baru-baru ini pihak pengurusan restoran nasi ayam itu ada menghubunginya dan meminnta maaf kepadanya atas apa yang berlaku dan dia pun turut meminta maaf di atas kekasaran disebabkan sikap pekerja wanita itu.
Wanita yang aktif bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan golongan asnaf meminta supaya restoran terbabit jangan menggunakan cara lama semasa melayan pelanggan sebab itu bukan gerai makan untuk beratur mengambil sepinggan nasi.