Get $25 free
loading...

“Saya Dah Minta Youtube Buang Video Lama” – Mizz Nina Reda Auratnya Masih Ditonton

Ramai yang sedia maklum mengenai penghijrahan Mizz Nina dan demi untuk yang lebih baik, Mizz Nina sudah menghubungi pihak YouTube untuk menghapuskan video-video lamanya ketika bergiat aktif dalam bidang seni dahulu.

Namun, Mizz Nina tidak berjaya untuk menghubungi Youtube dan menganggap ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dan reda jika video tersebut masih dapat ditonton umum.

“Saya cuba menghubungi pihak YouTube untuk minta buang video-video muzik saya sebelum ini. Tapi malangnya tidak berjaya.

“Tapi saya anggap saja mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku,” – Mizz Nina.

Menurut mStar, Mizz Nina tidak mempunyai hasrat untuk kembali dalam bidang nyanyian semenjak sudah berhijrah ke arah yang lebih baik dan mahu lebih memberi tumpuan kepada kerja amal serta menyimpan hasrat untuk menerbitkan buku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...