Get $25 free
loading...

Main PUBG 6 Jam Tanpa Henti, Remaja Maut Selepas Rebah

Bermain permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) selama enam jam tanpa henti berakhir dengan kematian seorang remaja 16 tahun selepas didapati rebah.

BACA : Demi Kekasih Dalam PUBG, Wanita Hamil Tuntut Cerai

Furqan Qureshi dari Madhya Pradesh, India rebah selepas bermain PUBG pada Selasa lalu dan terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Indian Express, bapa mangsa, Harun Rashid Qureshi memberitahu Furqan mula bermain permainan itu selepas waktu makan tengah hari dan berterusan selama enam jam.

“Sebelum rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain,” – Harun Rashid Qureshi.

Semasa Furqan bermain PUBG, adiknya, Fiza Qureshi duduk di sebelah mangsa memberitahu abangnya menengking sehingga melemparkan handphone dan earphone kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain yang juga merupakan rakannya.

“Keghairahannya bermain PUBG mugkin menyebabkan adrenalinnya mengalir laju sehingga berlaku serangan jantung.

“Saya merayu kepada generasi muda supaya mengelakkan daripada bermain PUBG seumpamanya kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung,” – Doktor.

Doktor menjelaskan keadaan Furqan dibawa ke hospital dalam keadaan tanpa denyutan nadi dan doktor cuba menyelamatkannya dengan melakukan renjatan serta menyuntik gagal tetapi gagal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...