Sempena Hari Bapa semalam, usahawan selebriti Safiey Illias yang diketahui umum merupakan seorang mak nyah menitip ucapan dan mohon maaf buat bapanya mendapat perhatian netizen.
LIHAT : Video “Cip Cip Cip, Lubang Syinta Berdenyut” – Safiey Illias Kongsi Kisah ‘Pecah Dara’
Menerusi laman Instagram miliknya, Safiey memuatnaik foto bersama ayahnya yang memaparkan dalam keadaan sedih dan menangis bersama ucapan yang panjang.
“Selamat Hari Bapa untuk ayah syinta®️yang tersayang . Maafkan apit jika ada mengguris perasaan ayah .
“Maafkan apit sebab lama x balik kampung 2 tahun sebab pentingkan lelaki.” – tulis Syafie Illias di Instagram
Safiey juga berterima kasih kepada ayahnya yang tidak putus-putus mendoakan supaya menjadi kaya dan berjaya dalam perniagaan.
“Maafkan apit jika dlu apit banyak pakai sexy dan buat video sexy tunjuk punggung apa semua.” – Safiey Illias
Safiey atau nama panggilan manja oleh keluarganya iaitu Apit turut meminta maaf kepada ayahnya kerana sebelum ini selalu memakai pakaian seksi dan sering membuat video seksi menunjukkan punggung.
“Apit janji bawak mak dan ayah pergi Haji tahun depan bersama apit sekali . Apit harap ayah happy apit dh potong rambut pendek” – Safiey Illias
Malah, Safiey turut berjanji mahu membawa kedua ibu bapanya mengerjakanhaji pada tahun depan dan mendoakan semoga dia menunaikan haji dalam keadaan berambut pendek.
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi yang positif dan ramai yang sebak serta tersentuh hati dengan ucapan daripada Safiey itu.
Namun, ada juga netizen yang mendakwa itu semua adalah lakonan semata-mata memandangkan perniagaan Safiey Illias kian merudum dan sebelum ini Safiey pernah mengumumkan perniagaannya telah diambil oleh syarikat lain.