Get $25 free
loading...

Beli Kereta Terpakai Wanita Ini, Dapat Percuma Tuan Kereta Sekali

Betapa beruntungnya pelanggan yang membeli kereta terpakai yang dijual oleh pemilik yang dikenali sebagai Cheacha ini.

Mana tidaknya, sekirnya anda membeli kereta terpakai milik wanita ini, kereta Grand Livina ini dijual sekali dengan pemiliknya, Cheacha.

Wanita cantik ini mengiklankan penjualan kereta miliknya di laman sosial Facebook pada 26 Mei lepas dengan tawaran yang sangat unik ini.

“Dijual mobil berserta pemiliknya. Minat bisa inbox 0821-1452-4443,” – tulis Cheacha dalam iklan tersebut.

Bagaimanapun, wanita yang berusia 25 tahun itu turut meletakkan syarat pembeli tidak boleh memilih dan perlu membeli kereta serta dirinya.

Syarat lain yang ditetapkan iaitu pembeli juga perlulah lelaki bujang berusia 30 hingga 35 tahun dan sedang mencari teman hidup.

Disebabkan iklan yang menyertakan tawaran lain dari yang lain itu, ianya tular di media sosial di Indonesia dan turut mendapat liputan meluas media negara itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...