Masih lagi isu penyanyi Zarith Sofia Yasin membela anak beruang matahari yang kononnya dijumpa di tepi jalan mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk Maya Karin.
BACA : “Saya Sangka Anjing, Rupanya Beruang” – Zarith Sofia Dedah Punca Bela Beruang
Menerusi laman sosial Twitter, Maya Karin memuat naik status berbaur sindiran kepada penyanyi rock, Zarith Sofia yang sebelum ini ditahan gara-gara memelihara beruang di kondo kediamannya.
“Urmm.. No I don’t think so.. Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang2 kita akan bawa ke vet yang akan buat laporan. Beruang bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup.” – Maya Karin
Atas alasan kerana kasihan dengan haiwan tersebut lemah yang ditemui di tepi jalan, bekas peserta program ‘Rockanova’ itu mengambil tindakan untuk memelihara sebelum menyerahkan kepada pihak zoo.
Disebabkan alasan yang tidak masuk akal itu jugalah Maya Karin menjelaskan sepatutnya Zarith membawa ke vet dan mereka yang akan membuat laporan.
Maya Karin menjelaskan lagi, haiwan tersebut bukan seperti kucing kurap yang ditemui di tepi jalan yang boleh dijaga dan diberi makan nasi serta ikan seumur hidup.
Urmm.. No I don’t think so..
Kalau jumpa beruang tepi jalan nak selamatkan penuh ikhlas, sekurang2 kita akan bawa ke vet yang akan buat laporan. Beruang bukan kucing kurap boleh jaga dengan nasi, ikan seumur hidup. https://t.co/NfwC7dZCqq— Maya Karin (@maya_karin) June 9, 2019