Sebuah rakaman video dashcam memaparkan dua lelaki yang menunjukkan isyarat jari tengah terhadap seorang pengguna jalan raya viral di laman media sosial sekarang.
BACA : Hukuman Penjara 12 Bulan, Samseng Botak Berhari Raya Dalam Penjara
Kejadian yang berlaku pada Isnin sekitar jam 5.52 petang di Jalan Frima dari arah Perling menghala susur masuk ke Lebuhraya Pasir Gudang, suspek yang memandu kereta Honda Civic nombor pendaftaran CCB 316, cuba memasuki lorong jalan mangsa tanpa memberikan ‘signal’.
Bengang tidak diberikan ruang jalan, pemandu kereta terbabit memberhentikan kereta dan keluar menuju ke arah mangsa bersama lagi seorang rakannya.
Sedar segala aksi mereka dirakam, mereka menunjukkan menunjukkan isyarat lucah pada video dashcam.
Suspek masuk semula ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya, namun sekali lagi berhenti dan keluar dari kereta dengan membawa senjata tajam yang dipercayai samurai dan terus melibas samurai pada kereta mangsa.
Selepas itu, suspek kembali semula ke dalam keretanya dan meneruskan perjalanannya.
Video ini menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan menyelar tindakan samseng pemandu kereta terbabit dan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap suspek yang mengancam keselamatan mangsa.