Get $25 free
loading...

Hukuman Farid Kamil Ditangguhkan Selepas Jalani 35 Hari Di Penjara

Selepas 35 hari menjalani hukuman itu di Penjara Kajang 15 Mei lalu, Datuk Farid Kamil Zahari berjaya menangguhkan pelaksanaan hukuman sembilan bulan dikenakan terhadapnya atas tuduhan dadah.

BACA : “Maaf, Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil, Dilayan Sama Sahaja”

Farid Kamil meluahkan rasa syukur apabila Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman membenarkan permohonannya dalam prosiding di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Ab Karim turut memerintahkan Farid Kamil membayar jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Dilihat adik Farid, Fadzil hadir sebagai penjaminnya manakala isterinya, Diana Danielle tidak kelihatan semasa prosiding berlangsung.

Selesai sahaja prosiding, Farid dibawa keluar oleh polis mahkamah dan beliau dilihat hanya tersenyum apabila pihak media menyoalnya.

Farid juga diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...