Get $25 free
loading...

Pukul Isteri Gara-gara Duit Raya RM10, Lelaki Ini Dipenjara Setahun & Denda RM2,000

Gara-gara tidak diberikan duit raya anaknya RM10 untuk membeli kad prepaid handphone, seorang lelaki memukul isterinya kerana menghalang lelaki itu dari memukul anaknya yang enggan memberi duit tersebut kepadanya.

Abdul Hafiz Man, 32 tahun, mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 2 Syawal lalu dan dia dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Memetik laporan Kosmo!, tertuduh didakwa telah mencederakan isterinya, Nazirah Mat Noor, 31 tahun, di rumah mereka di Kampung Titian Kulat, Gong Pak Damat, Kuala Nerus pada pukul 12 tengah hari, 6 Jun lalu.

Lelaki yang merupakan seorang mekanik itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...