Selepas ditahan oleh pihak polis di KLIA semalam, Haziq Aziz yang mengaku sebagai lelaki dalam satu video lucah dikaitkan dengan Azmin Ali kini sedang menjalankan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
BACA : Haziq Aziz Ditahan Polis Mengaku Di Dalam Video Semburit
Menurut laporan Harian Metro, Haziq tiba di Jabatan Kecemasan HKL pada 8.30 pagi bersama pasukan peguamya.
“Dia sekarang berada di Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan.
“Status ditahan reman atau dibebaskan dengan jaminan masih belum diketahui,” – Ramesh Sivakumar.
Peguam Haziq Aziz, Ramesh Sivakumar memberitahu setakat pagi ini status anak guamnya itu masih belum diketahui.