Get $25 free
loading...

Bunuh 51 Orang Dalam Masjid, Brenton Tarrant Mengaku Tidak Bersalah

Suspek utama pembunuh 51 orang di dua buah masjid di Christchurch, 40 pertuduhan cubaan membunuh dan terbabit dalam aktiviti keganasan susulan tragedi pembunuhan beramai-ramai di bandar South Island pada 15 Mac lalu mengaku tidak bersalah hari ini.

BACA : Gambar Pengganas Yang Membunuh 51 Jemaah Dalam Masjid di Christchurch Sudah Boleh Disiarkan

Menerusi rangkaian audio visual dari penjara kawalan ketat di Auckland, Brenton Tarrant hanya mendiamkan diri ketika peguamnya, Shane Tait memberitahu bahawa tertuduh mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Christchurch.

Mahkamah juga mendapati lelaki yang menggelarkannya pelampau kulit putih itu pemeriksaan mental ke atas tertuduh mendapati dia sihat untuk menjalani perbicaraan bagi tragedi pembunuhan beramai-ramai paling buruk dalam sejarah moden New Zealand itu.

Menurut laporan Kosmo!, lebih kurang 80 jemaah yang terselamat dan ahli keluarga mangsa turut hadir memenuhi galeri awam mahkamah untuk melihat kelibat Tarrant.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...