Get $25 free
loading...

“Aku Ambil Upah Buat Siling Rumah Orang” – Reza Hasbi Gigih Cari Rezeki Buat Keluarga

Mungkin terasa hati dikecam oleh netizen dan sindirian yang diterima dari pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan, pelakon Reza Hasbi berkongsi beberapa rakaman video yang memaparkan dia melakukan pekerjaan bagi mencari rezeki pendapatan.

BACA : “Saya Tiada Duit Untuk Lampin & Susu Anak” – Reza Hasbi Dedah Tiada Tawaran Berlakon

Video Reza tengah membuat upah untuk membuat siling rumah dimuat naik di Instagram miliknya dan turut memberitahu dia tidak malu untuk berpakaian seperti itu serta badannya berbau ketiak.

“Aku tak malu dengan kehidupan aku seperti mereka perkatakan.

Walaupun aku artis tapi aku sedar di mana aku dulunya.

Aku maafkan mereka yg memperlekehkan kehidupan aku.” – tulis Reza di Instagram

Bagaimana pun, video tersebut merupakan video lama yang dirakam beberapa hari sebelum Ramadan dan dia memberitahu dia hanya mencari rezeki untuk keluarga.

Paparan posting Instagram Reza Hasbi

“Aku cari rezeki untuk anak isteri aku. Jangan disebabkan perkataan aku rasa macam nak mintak zakat korang memaki hamun aku ikut sesuka hati.

Aku maafkan dengan senang hati sebab ramai sangat yang nembantu dan mendoakan aku,

Sayang korang semua,” – tambah Reza lagi

Sebelum ini Reza ada mendedahkan di laman Instagram yang dia tiada job dan tiada duit untuk membeli lampin dan susu anak gara-gara tiada tawaran berlakon.

Gara-gara status terbabit, netizen memberi kecaman dan menasihati Reza supaya mencari kerja lain dan jangan bergantung sepenuhnya dengan karier sebagai pelakon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...