Sebentar tadi, PU Abu telah memuatnaik gambar dirinya bersama anaknya yang baru lahir di laman Instagram miliknya.
Dia meluahkan rasa bersyukur apabila bekas isterinya, Ain Afini Latif selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Shah Alam pada Jumaat lalu.
BACA : PU Abu & Hana Azraa Seronok Beraya Di Rumah Baharu
Malah, Abu juga meninggalkan pesanan untuk anaknya di ruangan kapsyen foto tersebut.
“Alhamdulillah tanggal 7 Jun, jam 12.55 tengah hari telah lahir anak hebat dan putera sulung ini.
“Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.
“Ayah mohon maaf sebab banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi,” – tulis PU Abu di Instagram.
Namun, gambar Abu bersama anaknya itu mengundang kemarahan kepada segelintir netizen yang mendakwa Abu sengaja membuat ayat sedih memandangkan apa yang dibuat terhadap bekas isterinya itu tidak setimpal dengan pengorbanannya sebagai seorang ayah.
Pelbagai kecaman daripada netizen sehingga ada yang mahukan anaknya itu tidak mengikut jejak langkahnya apabila sudah besar nanti.
Bukan itu saja, malah ada yang mahukan bayi lelaki itu memijak Abu dan memasukkan mercun ke dalam mulut Abu apabila sudah besar nanti.