Get $25 free
loading...

Polis Buru Remaja Picit-picit Roti, Minum Air & Rosakkan Makanan Family Mart

Gara-gara merosakkan barang makanan di kedai Family Mart, Nilai, Negeri Sembilan, seorang remaja lelaki telah menjadi buruan pihak polis.

Semalam video 1 minit 10 saat tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial yang memaparkan seorang remaja lelaki bersama rakannya yang lain masuk ke premis dan merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman.

Dalam video yang dimuat naik oleh rakannya yang menggunakan akaun Instagram luqbubbles, jelas kelihatan remaja lelaki itu memicit-micit roti, membuka minuman dan merosakkan beberapa jenis makanan yang lain.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 10 malam tadi dan pihak polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam, memetik Harian Metro.

“Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” – Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar.

Menurut pihak polis, mereka kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Video remaja picit roti & minum air di Family Mart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...