Get $25 free
loading...

Gigi Susu Tumbuh Dalam Buah Zakar, Doktor Terpaksa Bedah Segera

Doktor terkejut apabila mendapati objek asing dalam buah zakar seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kelihatan seperti batu dalam buah pinggang.

Selepas pemeriksaan, pembedahan terpaksa dilakukan segera di Hospital Kanak-kanak Morozov, Moscow, itu dilakukan pakar bedah Dmitry Tarusin yang juga urologi kanan kanak-kanak dan ahli andrologist.

Memetik laporan Daily Mail, pembedahan tersebut menemui gigi susu ketujuh tumbuh dalam buah zakar budak lelaki itu.

Pembedahan berjaya dilakukan dengan mengeluarkan gigi tersebut.

Menurut kenyataan hospital bekenaan, fenomena yang amat jarang ditemui itu berlaku disebabkan tumor ‘teratid’ yang wujud sebelum kelahiran akibat kegagalan sel stem.

“Gigi berkenaan adalah gigi susu ketujuh pada rahang atas. Ia digantikan dengan gigi kekal pada usia 10 hingga 12 tahun.

“Sains pergigian mempunyai contoh gigi yang tumbuh dalam paru-paru tetapi tumbuh dalam buah zakar adalah kes sangat unik,” – Doktor.

Doktor itu menjelaskan ada kes lain yang gigi tumbuh di dalam paru-paru, namun gigi tumbuh dalam buah zakar adalah kes yang sangat unik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...