Get $25 free
loading...

“Alhamdulillah, Isteri Saya Selamat Melahirkan Anak Lelaki” – Abam Bocey Dapat Anak Lelaki

Isteri Abam Bocey telah selamat melahirkan anak lelaki di Hospital Selayang hari ini dan berita gembira ini telah dikongsi oleh Abam menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat ucapan tahniah daripada rakan artis.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar… Allahuakbar!!! Terima kasih (kepada mereka) yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak saya,” tulis Abam di Instagram.

Abam turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan sebahagian wajah anak lelakinya dan meluahkan penghargaan terhadap doktor dan jururawat yang menjaga isterinya dengan baik.

Tahniah kepada Abam dan isterinya. Rasa tak sabar pula nak tahu nama anak Abam Bocey yang comel ini nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...