Get $25 free
loading...

Tidak Nampak Tali Tergantung, Jururawat Maut Terjerut Tali Kain Rentang

Seorang wanita berusia 27 tahun maut selepas terjerut akibat terlanggar tali kain rentang yang tergantung melintang di hadapannya ketika menunggang motosikal untuk balik ke kampung.

Mangsa, Siti Rofidah Md Khir merupakan seorang jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang dikatakan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.

Mangsa dipercayai menunggang motosikal selepas membeli barang keperluan membuat kuih raya, semasa di simpang tiga berhampiran Pasar Raya CMart, Jitra, dia terlanggar tali kain rentang yang tergantung di hadapannya.

“Setiba di tempat kejadian mangsa tidak nampak terdapat tali kain rentang tergantung di hadapannya kerana kawasan itu gelap.

“Akibatnya, tali dipercayai tersangkut pada leher mangsa hingga menyebabkan mangsa terjatuh bersama motosikalnya,” – Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim.

Menurut pihak polis, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Jitra kerana kecederaan teruk pada bahagian leher mangsa, sebelum disahkan meninggal dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...