Get $25 free
loading...

Rogol Nenek 62 Tahun, Penjara 20 Tahun & Sebatan Menanti

Seorang lelaki yang menganggur telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas pertuduhan merogol wanita warga emas yang juga saudaranya antara 8 dan 9 Jun lalu.

Bagaimanapun, lelaki berusia 41 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rogol terhadap wanita berusia 62 tahun di kediaman di Seksyen 18, Shah Alam pada 8 Jun, 10.30 malam sehingga 3.30 pagi keesokan harinya, memetik Harian Metro.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun serta sebatan dan tertuduh tidak diberikan jaminan.

“Tertuduh juga mengetahui tempat tinggal mangsa dan mengelakkan dia mengganggunya sebagai saksi kes ini.

“Selain itu, tertuduh juga ada tiga pertuduhan lain di Mahkamah Majistret ,” – Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah.

Menurut Hakim Sabri, kes disebut semula pada 24 Julai dan tertuduh turut menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 342, Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...