Get $25 free
loading...

Budak 2 Tahun Dilambung, Mati Terkena Kipas Siling Sedang Berpusing

Seorang budak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat parah di kepala terkena kipas siling selepas dilambung sepupu lelakinya yang berusia 25 tahun.

Mangsa disahkan meninggal dunia sehari selepas dimasukkan ke Hospital Ampang selepas kejadian itu berlaku Ahad lalu di rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, Ampang lebih kurang 10 malam

Kejadian itu berlaku semasa suspek melambung mangsa yang sedang menangis ketika bermain bersama dan kepalanya terkena kipas siling, memetik Harian Metro.

Gambar hiasan

Sejurus kejadian berlaku, bu mangsa bersama abangnya yang juga bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan itu membawanya ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 10.57 malam keesokan harinya oleh pihak hospital dan mayat di hantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” – Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff

Hasil bedah siasat mendapati kematian berpunca akibat parah di kepala kerana hentakan trauma objek tumpu dan bapa mangsa kemudian membuat laporan polis.

Polis menahan lelaki berusia 25 tahun di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kira-kira 1.15 tengah hari semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga Selasa depan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...