Datuk Aaron Aziz dan isteri, Diyana Halik serta anak bongsu mereka iaitu Dahlia Arissa telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara akibat keracunan makanan, semalam.
Menerusi Instastory milik Diyana Halik, dia bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan walaupun sakit.
“Alhamdulillah, thank you Allah, walaupun sakit tapi dipermudahkan. Walaupun sakit, dapat treatment, dapat ubat semua,” tulis Diyana Halik.
Aaron Aziz turut mengemaskini Instagram miliknya dengan memuat naik gambar tangannya yang sedang dicucuk untuk dimasukkan air.
Selepas mendapat rawatan di hospital, tidak lama selepas itu Diyana memuat naik status yang mengatakan mereka sudah boleh keluar hospital.
Tidak dimaklumkan apa punca Aaron dan isteri serta anak bongsunya mengalami keracunan makanan, namun dua hari lepas Aaron ada memuat naik foto mereka sekeluarga yang menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumah mereka di Cirebon, Indonesia.
Tetapi, mungkin keracunan mereka disebabkan makanan lain dan kita tunggu sahaja apa kata tuan badan sendiri nanti. Semoga Aaron Aziz dan keluarga sihat seperti sedia kala.