Seorang lelaki telah memuat naik gambar ayam goreng yang dibeli dari restoran KFC yang berharga S$7.95 (RM24.40) termasuk kentang lenyek di laman sosial Facebook.
BACA : Geram Dipanggil Gemuk, Lelaki Ini Borong Semua Ayam Goreng KFC
Menurut Ernie Mah, dua membeli hidangan KFC itu di restoran Hillion Mall, Singapura kecewa apabila mendapati saiz ayam goreng tersebut sangat kecil.
Dia cuba meminta daripada staf KFC agar ia ditukar kepada saiz yang lebih besar, namun permintaannya ditolak oleh staf yang bernama Kelvin T.
“Bayar $7.95 untuk hidangan dua ketul ayam ini di KFC Hillion Mall.
“Minta staf, iaitu Kelvin T untuk tukar ayam paha kepada yang lebih besar,” tulis Ernie Mah di Facebook.
Permintaan lelaki tersebut ditolak dengan alasan polisi KFC hanya membenarkan satu ketul ayam saiz besar dan satu ketul lagi bersaiz kecil diberikan kepada pelanggan.
Bengang dengan tindakan kakitangan KFC terbabit, Ernie Mah terus memuat naik gambar yang memaparkan dua ketul ayam, yang mana salah satunya adalah paha ayam yang sangat kecil saiznya seakan-akan seperti paha burung.
Bukan itu saja, Ernie Mah bertambah kecewa apabila kakitangan KFC juga tidak memberikannya sudu untuk kentang lenyeknya.
Dia telah menyiarkan aduannya ke laman Facebook KFC, tetapi belum ada sebarang balasan daripada pihak KFC. Mungkin dia tersalah Facebook KFC? Rasa-rasanya dia mengadu di KFC Malaysia, heh! Klik KFC.SG tetapi yang keluar KFC Malaysia.
Paid $7.95 for this 2pcs meal at KFC Hillion Mall.Told the staff, namely Kelvin T to change my drumstick to a bigger…
Dikirim oleh Ernie Mah pada Sabtu, 15 Juni 2019