Get $25 free
loading...

Noh: Jangan gunakan bahan binaan dilarang

Orang ramai ingin membuat pengubahsuaian pada kediaman atau premis harus rujuk bomba bagi memastikan bahan binaan digunakan tidak melanggar undang-undang.

http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/02/Noh-Omar-kebakaran-kwsp-550x313.jpg 550w, http://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2018/02/Noh-Omar-kebakaran-kwsp-218x124.jpg 218w" width="648">MARANG: Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pihak didapati menggunakan bahan binaan dilarang bomba pada kediaman atau premis, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang ingin membuat pengubahsuaian pada kediaman atau premis agar merujuk bomba bagi memastikan bahan binaan digunakan tidak melanggar undang-undang.

“Kalau nak buat pengubahsuaian rumah, nak bagi cantik rumah, tolong gunakan bahan binaan diluluskan bomba… boleh rujuk bomba.

“Kita tidak mahu kejadian kebakaran mengorbankan 70 penduduk di London di mana bangunan itu menggunakan ‘cladding’ iaitu bahan mudah terbakar,” katanya mengulas kejadian kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Kebombaan Siri 1/2017 di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JPBM Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Sobberi Basiran.

Mengulas lanjut kejadian kebakaran itu, Noh berkata, siasatan awal mendapati bangunan itu menggunakan bahan “cladding” diperbuat daripada polisterina, iaitu bahan mudah terbakar.

“Tapi api merebak sebelah luar sahaja sebab itu nampak teruk. Sebenarnya ia (bahan diperbuat daripada polisterina) tidak boleh digunakan, kita ada akta, kita akan siasat siapa mula gunakan itu.

“Siasatan (dijangka siap) dalam 2 minggu. Kalau melanggar undang-undang, kita akan ambil tindakan… saya tengok ada salah faham sewaktu CF (sijil layak menduduki) diberi bangunan itu memang tidak ada ‘cladding’, tapi bila dah siap dia tambah sendiri di luar pengetahuan kita,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini

loading...