Get $25 free
loading...

Selepas Rafizi, Umno yakin pengaruh Ong kembali di Pandan

Calon Umno yang disebut-sebut mewakili BN memberi laluan kepada MCA.

rafizi

Rafizi Ramli ketika berkempen di Pandan Indah pada pilihan raya 2013. (Gambar Facebook).

KUALA LUMPUR: Sebut saja Pandan, wajah Rafizi Ramli sudah tentu menjelma dalam ingatan kebanyakan orang, walaupun pemimpin PKR itu baru sepenggal mewakili kawasan Parlimen di bahagian ibu kota yang padat dengan penduduk.

Untuk tempoh lama, ia merupakan kubu kuat MCA, diwakili orang kuatnya Tan Sri Ong Tee Keat.

Malah, ketika “tsunami pembangkang” melanda kawasan bandar pada 2008 pun, Ong berjaya mempertahankan kerusi itu untuk Barisan Nasional (BN), walaupun ditentang aktivis sosial terkenal Syed Shahir Syed Mohamud.

Syed Shahir, yang berjaya mengurangkan majoriti MCA daripada 14,000 kepada kira-kira 3,000, sudah pun membuka jalan untuk pembangkang pada pilihan raya yang menyusul.

Calon bertuah itu ialah Rafizi, pemimpin muda PKR dan “pengarah strategi” parti ketika itu yang menjadi sebutan ramai ekoran peranannya membongkar skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), beberapa tahun sebelum itu.

Dengan ketiadaan Ong sebagai calon, Rafizi menang dengan majoriti besar 26,729, mengalahkan calon MCA dan seorang lagi calon Bebas.

Kini, BN percaya pengaruh Ong boleh mengembalikan kegemilangannya di kerusi itu.

Bekas ketua Umno Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusof berkata pengaruh Ong, walaupun keluar MCA tahun lalu, masih dirasai.

Calon BN kali ini ialah Ketua MCA Pandan, Datuk Leong Kok Wee.

Sebelum ini, Umno Pandan mahu mencalonkan Datuk Zahida Zarik Khan, yang juga Naib Ketua Puteri Umno.

Menurut Mad Aris, Zahida Zahida tidak berminat bertanding.

“Dia berterus-terang kepada saya, biarlah orang lain bertanding. Kita akur dan terima dengan prinsip berkenaan,” kata Mad Aris yang mengepelai kempen BN di kerusi ini.

Bagi Mad Aris, keputusan mahkamah mensabitkan Rafizi dalam isu skandal NFC baru-baru ini memberikan peluang BN kembali, termasuk di kerusi negeri Chempaka dan Teratai.

Chempaka dimenangi PAS manakala Teratai diwakili DAP.

Antara faktor keyakinan BN ialah ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH), gabungan 4 parti yang disertai PKR, DAP, Amanah dan PPBM.

“Kita yakin pengundi tegar PAS akan terus undi, tetapi kita harapkan undi simpati yang diberikan kepada PAS akan kembali pada BN,” kata Mad Aris, yang pernah menjadi wakil rakyat Chempaka sehingga 2008.

Pada 2013, Pandan memmpunyai 88,857 pengundi, di mana pengundi Cina merupakan majoriti (48%), diikuti pengundi Melayu (44%) dan India (7%).

Sementara itu, Adun Teratai, Tiew Way Keng mengakui ketiadaan Rafizi di Pandan akan dirasai pada pilihan raya akan datang.

“Kita kekurangan ahli Parlimen yang baik pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Awal bulan ini, Rafizi dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan butiran akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFCorp) dan pengerusinya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail, yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Ahli Parlimen yang dihukum penjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000 hilang kelayakannya sebagai wakil rakyat, dan dilarang bertanding selama 5 tahun.

PKR masih belum membuat kata putus mengenai calon yang akan menggantikan Rafizi di Pandan, walaupun beberapa pemimpin kanan disebut-sebut akan dipindahkan di sini.

PAS juga masih mengintai peluangnya di sini, dan kemungkinan pertandingan 3 penjuru berlaku di sini tidak boleh ditolak.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir berkata, terdapat kemungkinan untuk menaikkan kedudukan pemimpin PAS di Selangor.

Calon PAS pernah tewas di sini, pada pilihan raya umum 2004, di mana Datuk Iskandar Samad, kini Adun Chempaka, tewas kepada Ong dengan dengan majoriti 14,112.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...