Get $25 free
loading...

Ibu pelajar ‘diajar’ selepas buat aduan berbaur perkauman

Status Twitter itu menerima lebih 4,000 'like' dan 8,000 retweet termasuk pelbagai respons terhadap keputusan diambil ketua pusat tuisyen itu.

tuition-center-1

Rakaman screen shot rangkaian Twitter @abnorxmal mengenai kejadian di pusat tusyen kakaknya. (Gambar Nextshark)

fmt-ohsem-inside-article1Perkongsian seorang wanita mengenai seorang ibu berbangsa Cina dari Singapura yang memaksa pusat tuisyen anaknya ”membuang” guru berbangsa India mendapat perhatian netizen seluruh dunia.

“Kakak saya seorang tutor sepenuh masa. Baru-baru ini di Singapura ibu seorang pelajar berbangsa Cina mengadu kepada ketua pusat tuisyen itu yang tidak mahu anaknya diajar guru India,” tulisnya yang menggunakan nama @abnorxmal.

Tambahnya, ibu itu merujuk kepada “seorang guru berbangsa India berkelayakan tinggi” yang juga rakan kepada kakaknya, mengajar mata pelajaran sains dan matematik kepada pelajar itu.

Menurut portal Mothership, ketua pusat tuisyen itu dalam lingkungan 30an dan pelajar itu belajar di sekolah rendah.

Rangkaian perkongsian @abnorxmal di laman sosial, status Twitter itu menerima lebih 4,000 “likes” dan 8,000 retweet dan pelbagai respons terhadap keputusan yang diambil oleh ketua pusat tusyen itu.

Dipendekkan cerita, ketua pusat tuisyen itu meminta ibu dan pelajar itu meninggalkan pusat berkenaan dan bukannya menunduk kepada permintaan itu yang dianggap bersifat perkauman.

tuition-center-gd-1

Antara respons netizen terhadap kisah dikongsi @abnorxmal (Gambar: Nextshark)

Netizen rata-rata menyambut baik “klimaks” rangkaian Twitter itu yang tidak menyokong perbuatan perkauman sebaliknya ibu dan anaknya itu yang diminta meninggalkan pusat tersebut.

Pelajar itu dikatakan mengadu kepada ibunya mengenai bau dalam bilik darjah yang dikendalikan guru berbangsa India.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...