Get $25 free
loading...

Wanita UMNO Port Dickson Dan Putera MIC Giat Bantu Penduduk Setempat

Share This:

Pergerakan Wanita UMNO di daerah Port Dickson semalam mengadakan satu program Jalinan Rakyat menziarahi penduduk sekitar daerah itu yang memerlukan bantuan dan kurang berkemampuan.

Ia diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Safiah Sidek dan disertai oleh Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Teluk Kemang, Puan Marnisah dan Ketua Wanita UMNO Kampung Paya Baru Puan Siti Zabedah. Turut bersama-sama ialah Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Kampung Paya, Norhasimah Md Yassin, Maisarah Shaari dan Ramlah Abdullah.

Penasihat Putera MIC Teluk Kemang, Dineshwaran T Rajagopalu turut serta bersama-sama pergerakan wanita UMNO dalam program berkenaan.

Beliau berkata mereka telah menziarahi 10 buah keluarga dan bertanyakan tentang apa masalah yang mereka hadapi serta akan dibantu mencari jalan penyelesaian.

“Sebagai contoh, sebuah rumah yang kami kunjungi iaitu rumah Effarina Baharuddin yang mempunyai tiga anak yang bersekolah tetapi tinggal dalam rumah yang sudah usang dan rosak teruk.

“Beliau ada mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi kami akan bertanyakan kepada pihak Baitulmal jika mereka boleh membantu memperbaiki rumah berkenaan.

“Kami juga akan bantu memohon daripada JKM untuk menaikkan kadar bantuan bulanan yang beliau terima,” katanya.

Dineshwaran yang juga Ketua Putera MIC Bahagian Rasah pada program berkenaan memakai baju kemeja-T ‘Negaraku’ dengan logo baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Terima kasih, Datuk Seri di atas baju Negaraku,” kata Dineshwaran.

Sementara itu, Dineshwaran berkata beliau akan tetap setia menyokong Barisan Nasional (BN) dan berdiri di belakang Najib untuk menentukan kemenangan BN di kerusi DUN Port Dickson tidak kira siapa calon yang akan dipilih bertanding di situ nanti.

“Kami tetap setia di belakang Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Pengerusi BN Negeri Sembilan dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berdepan PRU14 nanti.

“Semua pihak pada saya harus bekerjasama dan erat untuk memastikan kehidupan penduduk di Port Dickson menjadi lebih baik.

“Saya akan menggunakan kudrat dan kekuatan untuk berusaha memastikan kemenangan BN di Port Dickson,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk di sekitar Port Dickson yang ditemui berkata mereka senang dengan kehadiran pemimpin muda yang komited melawat, mendengar masalah dan membantu mereka.

Mereka menganggap, pemimpin dari golongan belia boleh membawa perubahan ke kawasan DUN Port Dickson itu memandangkan rentak beliau bergerak membantu dan mendengar rintihan rakyat ketika ini begitu aktif.

Ada petanda perubahan akan berlaku di Port Dickson yang disandang oleh ADUN PKR, M Ravi yang menang menewaskan calon BN, P Tanaletchumy dengan 2,422 undi pada PRU ke-13 yang lepas.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...