Menerusi blog Najibrazak.com,Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan setelah perbalahan sengit saban tahun merebut kuasa, akhirnya pembangkang meletakkan Tun Mahathir dan Datin Seri Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri dan Timbalan mereka baru-baru ini.
Beliau dalam ucapannya berkata, walau bagaimanapun, pencalonan pihak pembangkang kali ini sebenarnya menunjukkan betapa rapuhnya kepimpinan tertinggi mereka sekiranya dibiarkan memerintah.
Hal ini kerana calon Perdana Menteri mereka iaitu Tun Mahathir dikatakan hanya sementara sahaja, kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Dato’ Seri Anwar setelah beliau dibebaskan.
Terdapat dua senario yang boleh berlaku. Pertama, Tun Mahathir tidak akan melepaskan jawatannya kepada Dato’ Seri Anwar kerana umum mengerti Tun menganggap semua pemimpin lain tak betul.
Memetik kata-kata Tun pada tahun 2016, tidak mungkin beliau akan membenarkan seorang yang bermasalah moral menjadi Perdana Menteri.
Malah Tun juga pernah mengatakan yang Dato’ Seri Anwar sudah terlalu tua untuk memimpin negara dan pastinya PKR akan memberontak sekiranya Tun memilih untuk membolot kuasa.
Senario kedua, kalaulah Tun Mahathir memilih untuk u-turn dan melepaskan jawatan beliau kepada Anwar sekalipun, akibatnya jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya, akan disandang oleh sepasang suami isteri. Inilah nepotisme tahap paling kritikal yang diamalkan mereka.
Dan sudah tentu rakyat akan memberontak struktur kepimpinan seolah-olah mereka merajai Malaysia.
Di sini kita dapat ramalkan bahawa jika pembangkang menang pilihan raya kelak, mereka akan kekal sibuk merebut jawatan Perdana Menteri selama 2 ke 3 tahun sebelum mereka dapat memulakan kerja untuk berkhidmat kepada rakyat.
Namun jika rakyat memberi mandat kepada BN, kami dapat memulakan khidmat bakti untuk rakyat serta-merta selepas pilihan raya kerana kita mempunyai barisan kepimpinan yang kukuh lagi mampan.
Kesimpulannya, pilihan di tangan rakyat sendiri, rakyat perlu bijak memilih pemimpin dan parti yang bakal memimpin negara ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara berbanding pemimpin yang tiada prinsip dan hanya memetingkan agenda masing-masing untuk merebut kuasa semata-mata.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini