Get $25 free
loading...

Untung Bersih Maybank Capai Lebih RM7 Bilion Untuk Kali Pertama

Share This:

Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank), bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, meningkat sebanyak 12 peratus kepada rekod RM7.80 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, berikutan perolehan yang lebih kukuh daripada semua segmen perniagaan dan pasaran utama di luar negara serta kerugian susut nilai yang rendah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata, keuntungan bersihnya melebihi paras RM7 bilion untuk kali pertama, dan perolehan meningkat kepada RM45.58 bilion berbanding RM44.65 bilion pada tahun sebelumnya.

Pendapatan faedah bersih dan pendapatan perbankan Islam naik 9.6 peratus kepada RM17.05 bilion manakala premium insurans yang diraih bersih melonjak 18.2 peratus kepada RM5.25 bilion.

Elaun kumpulan bagi kerugian susut nilai ke atas pinjaman, pendahuluan, pembiayaan dan hutang lain merosot sebanyak 30.8 peratus, atau RM873.7 juta, kepada RM1.96 bilion.

Bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2017, keuntungan bersih susut kepada RM2.25 bilion berbanding RM2.45 bilion pada tahun sebelumnya, manakala perolehan sebanyak RM11.79 bilion berbanding RM11.25 bilion sebelum ini.

“Strategi kami dalam menguruskan risiko dengan baik, mengekalkan portfolio yang pelbagai, meningkatkan kecekapan di seluruh rangkaian dan memanfaatkan keupayaan digital telah membantu kami untuk terus mewujudkan nilai kepada semua pihak berkepentingan kami,” kata Pengerusi Datuk Mohaiyani Shamsudin dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pencapaian ini bukan sahaja menggariskan daya tahan bank tetapi turut menyediakan platform yang baik untuk mengekalkan prestasi kumpulan dalam persekitaran hari ini.

Mengenai prospeknya, Maybank berkata, ia menjangka prestasi kewangannya akan memuaskan pada 2018 berbanding prospek pertumbuhan yang dijangka bagi pasaran tempatan yang utama.

Keutamaan kumpulan bagi tahun ini, katanya, termasuklah mengekalkan disiplin harga seluruh produknya, menumpukan kepada meraih sumber pembiayaan yang lebih murah untuk menyokong pertumbuhan pinjaman, meningkatkan portfolio pinjamannya, selain menguruskan kualiti asetnya secara proaktif.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...