Get $25 free
loading...

Fatwa Di Malaysia Dilihat Sebagai Untuk Mendiskriminasi Wanita-Sivananthi Thanenthiran

Share This:

Pengarah Eksekutif Arrow, Sivananthi Thanenthiran menyatakan,Malaysia telah memeterai Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) pada tahun 1995 dan telah diingatkan berkali-kali untuk memberi keutamaan pada undang-undang sivil berbanding undang-undang Syariah.

Dakwa Sivananthi lagi, pelaksanaan fatwa di negara ini dilihat sebagai langkah untuk mendiskriminasi wanita dan menafikan hak kesamarataan mereka.

“Sebagai contoh, penggunaan fatwa-fatwa dilihat sebagai satu langkah untuk melaksanakan diskriminasi dan menafikan wanita hak kesamarataan.”

Delegasi Malaysia ke perjumpaan kali ini telah dipersoalkan berulang kali berkenaan fatwa yang menghalang anak tidak sah taraf daripada dinasabkan kepada bapa biologinya.

Menurut Sivananthi lagi, fatwa adalah sesuatu yang unik kepada Malaysia dan kita perlu bertanyakan soalan-soalan kritikal berkenaan penggunaan institusi Islam untuk mendiskriminasi wanita.

“Nampaknya fatwa adalah unik kepada Malaysia, dan kita perlu bertanyakan soalan kritikal: Adakah Institusi-Institusi Islam sedang digunakan untuk meneruskan amalan-amalan yang mendiskriminasi wanita?”

Sivananthi juga menegaskan bahawa ahli komiti Cedaw menuduh sistem perundangan yang pelbagai di negara ini sebagai menindas dan mendiskriminasi golongan tertentu, akibatnya kebencian yang membarah dan permusuhan di kalangan rakyat jelata negara ini.

Dalam pada itu Sivananthi juga membuat dakwaan bahawa terdapat perkara-perkara luar biasa yang berlaku di negara seperti mempertahankan sebatan terhadap wanita, menafikan kaum wanita hak-hak untuk mewarisi harta dan kanak-kanak dilarang daripada menggunakan nama bapa mereka.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...