Get $25 free
loading...

MCA yakin tiada lagi tsunami Cina pada PRU14

Presiden MCA melahirkan keyakinan masyarakat Cina kini sudah 'celik' menilai kaca dan permata untuk dijadikan sandaran membela nasib mereka.

election-vote

Gambar AFP

KUANTAN: Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi disifatkan kebanyakan penganalisis politik sebagai pilihan raya paling sengit dan getir pernah diadakan di negara ini.

Hal ini pernah diakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan ia sebagai “ibu segala pilihan raya” yang akan menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan Putrajaya.

Sokongan kaum Cina sekali lagi menjadi persoalan sama ada mereka terus mahu melakukan “tsunami Cina” atau kembali kepada BN, khususnya kepada MCA serta Gerakan yang selama ini banyak melakukan pembelaan terhadap kaum itu di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diajukan pertanyaan tentang perkara itu, melahirkan keyakinan masyarakat Cina kini sudah “celik” untuk menilai kaca dan permata untuk dijadikan sandaran membela nasib mereka.

“Kita belajar daripada kesilapan dan sedar dengan kelemahan pada PRU lalu. Kehilangan sokongan kaum Cina pada PRU lalu, sedikit sebanyak berpunca daripada masalah dalaman dan luaran MCA sendiri.

“Sebab itu apabila saya mengambil alih kepimpinan pada penghujung 2013, perkara pertama saya lakukan ialah transformasi parti hingga peringkat akar umbi dan perubahan itu penting untuk menarik kembali sokongan rakyat terutamanya pengundi Cina,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Liow berkata hasil transformasi dilakukan, perpaduan dalaman MCA kini kembali kukuh dan tiada lagi wujudnya kem tertentu dalam parti itu, yang akhirnya mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti.

Beliau berkata perubahan itu juga penting untuk memastikan MCA kembali menjadi parti unggul dalam kalangan masyarakat Cina dan terus dapat bekerjasama dengan parti UMNO dan MIC serta parti komponen lain untuk mentadbir negara.

“Kita nak jelaskan kepada rakya, MCA bukan hanya sekadar penumpang dalam ‘kapal’ BN dan tidak beri sumbangan kepada negara, sebaliknya parti ini juga mempunyai kekuatan tersendiri, menyumbang kepada kejayaan BN,” katanya.

Katanya, untuk memperkukuhkan lagi parti itu, MCA turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan parti seangkatan dengannya pada peringkat antarabangsa seperti dari China, Thailand dan Indonesia, sama seperti hubungan UMNO dan parti Golkar di Indonesia.

Liow berkata hubungan politik itu sedikit sebanyak membantu negara mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang sedia terjalin selama ini, khususnya China.

“Inisiatif MCA dalam menandatangani deklarasi program Belt and Road antara Malaysia dan China menarik minat pelabur asing dan membuka peluang perniagaan, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dalam hal ini MCA menjadi jambatan penghubung antara Malaysia dan negara tembok besar itu, namun ia bukan bermakna kita menjual kedaulatan negara kepada negara itu seperti didakwa pembangkang,” katanya.

Katanya kejayaan menarik adalah lebih ramai pelabur China menanam modal di negara ini, membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada paras 5.9% tahun lalu. antara pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia.

“Kejayaan demi kejayaan inilah menarik balik sokongan masyarakat Cina kepada BN dan hal ini kita pergunakan sebaiknya untuk menjelaskan satu demi satu dasar dilaksanakan oleh kerajaan kerana selama ini ramai kurang maklum tentang perkara itu.

“Kini mereka semakin jelas, kerajaan adalah inklusif dan turut menjaga kepentingan orang Cina, bukan hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

“Penglibatan mereka dalam arus pembangunan negara sahaja menyebabkan rasa ‘self of belonging’ dalam kalangan masyarakat Cina semakin kukuh dan kita mampu membawa lebih banyak pembangunan menyebabkan mereka lebih yakin dengan kerajaan pimpinan perdana menteri.

Liow berkata selain itu kerjasama erat dengan Gerakan akan menjadi faktor penting memulihkan kembali kepercayaan masyarakat Cina terhadap BN kerana menerusi hubungan itu, rakyat dapat menilai MCA serius dalam soal perpaduan kaum secara keseluruhannya dan masyarakat Cina khasnya.

“Saya rasa kali ini tiada lagi isu besar menyebabkan ‘tsunami Cina’ seperti dalam PRU13, hasutan pembangkang tentang ketelusan sistem penyampaian kerajaan, rasuah diatasi secara berperingkat.

“Rakyat mulai sedar dan tahu kerajaan mana patut mereka pilih untuk terus mentadbir negara nanti,” katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...