Get $25 free
loading...

Warisan Dan PPBM Sama Sahaja, Tidak Faham Perlembagaan Sendiri

Share This:

Andai ingin memperkatakan tentang perlembagaan sesebuah parti politik, rasanya para pemimpin utama patut memahami sepenuhnya perundangan yang mereka sendiri reka dan cipta. Seharusnya, mereka lebih memahami berbanding ahli mereka dan paling utama, mereka wajar mematuhi apa jua yang telah mereka tetapkan.

Dalam hal ini, dua buah parti politik yang kononnya ditubuhkan bagi menguburkan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang, nampaknya gagal untuk memahami apa erti perlembagaan parti mereka sendiri. Parti yang dimaksudkan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah. Kedua-dua parti ini sebenarnya mempunyai persamaan yang hampir sama iaitu, gagal memahami dan patuh pada perlembagaan sendiri.

Sebelum ini, PPBM berhadapan dengan kemungkinan di batalkan pendaftaran mereka gara-gara terdapat lebih 100 aduan mengenai Mesyuarat Agung pertama mereka yang dikatakan tidak sah. Ini kerana, mesyuarat agung berkenaan diadakan tanpa ada sebarang mesyuarat di peringkat cawangan mahupun bahagian yang menyaksikan ramai ahlinya bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pucuk pimpinan parti.

Hal yang sama turut berlaku terhadap Parti Warisan Sabah yang mana parti ini juga mengikut jejak langkah PPBM dengan mengadakan mesyuarat agung tanpa mengadakan mesyuarat peringkat cawangan mahupun bahagian. Hal ini telah membangkitkan rasa berang ahli Warisan Sabah yang mana mereka telah membuat aduan kepada pihak ROS semalam.

Agak menghairankan juga sebenarnya apabila jika kita semak latar belakang kedua-dua buah parti ini. PPBM dikuasai oleh mereka yang pernah menjawat jawatan tertinggi UMNO yang mana diberitakan, perlembagaan parti itu sendiri ditiru bulat-bulat dari perlembagaan UMNO itu sendiri.

Bagi Warisan Sabah pula, parti yang diketuai oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal ini juga gagal untuk memahami perlembagaan yang dibuat oleh parti berkenaan walaupun parti ini sebenarnya ditubuhkan setelah Shafie sendiri mengeluarkan belanja untuk membeli parti orang lain.

Mungkin mereka merasakan, tidak perlu mengadakan mesuarat di peringkat bawahan kerana ianya memakan belanja yang banyak dan akan memberi tekanan tambahan kepada kepimpinan pusat. Malah, dengan ketiadaan mesyuarat di peringkat bawahan, kepimpinan utama parti tidak akan dicabar oleh sesiapa dan mereka kekal menerajui parti ini dengan cara autokratik.

Namun begitu, dari segi moral, kedua-dua parti ini jelas telah melanggar slogan mereka sendiri yang kononnya mahu menegakkan amalan demokrasi bersih seandainya mereka berjaya membentuk kerajaan. Mereka sendiri menunjukkan contoh yang amat buruk kepada ahli bawahan mereka dan tidak mustahil, kedudukan mereka hari langsung tidak dihormati lagi.

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...