Get $25 free
loading...

Masa Depan Islam Gelap Seandainya Pakatan Harapan Membentuk Kerajaan

Share This:

Sejak dari awal pembentukan Malaysia, antara perkara yang dititik beratkan oleh rakyat adalah masa depan agama Islam dan survivor bangsa Melayu itu sendiri. Manakan tidak, sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Islam sebagai agama Rasmi dan menjadikan Ketuanan Melayu sebagai agenda sesebuah kerajaan, perkara ini harus di beri perhatian sebelum mandat bagi membentuk kerajaan di berikan.

Jika dilihat dari kedua-dua konteks ini, ianya terus menerus diberi perhatian oleh rakyat sejak turun temurun. Paling utama, kebajikan dan masa depan Islam itu sendiri adalah perkara pokok dan perkara ini tidak boleh di kompromi walau apa jua alasan yang di beri. Justeru, tidak hairanlah ramai yang mengecam Ahli Parlimen Sepang, Mohmamed Hanipa Maidin yang dilihat bersungguh-sungguh membela penyanyi kontroversi, Namewee.

Dalam beberapa kenyataan, Hanipa di katakan menempelak pihak Polis Di Raja Malaysia dan netizen yang menghentam Namewee yang dilihat sengaja cuba menimbulkan provokasi terhadap umat Islam apabila menerbitkan satu video klip di hadapan Masjid Putrajaya. Dia dikatakan berang apabila ramai yang cuba menyekat kretiviti anak muda dalam menghasilkan kretiviti seni.

Malah, dalam satu kenyataannya hari ini, dia dilaporkan kekal dengan pendiriannya untuk terus membela Namewee mahupun sesiapa sahaja yang mahu menghasilkan kretiviti mereka termasuklah golongan Athies, golongan yang langsung tidak mempercayai sebarang agama.

Apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen yang tertera di dalam kad pengenalannya sebagai seorang yang beragama Islam? Sudah hilangkah maruah dan hak Islam dalam hal ini? Atau segala membabitkan Islam boleh dikompromi asalkan ianya mampu memberi kemenangan dari sudut politik buat Pakatan Harapan?

Bayangkan, sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14, apa kan jadi pada nasib Islam itu sendiri di sisi Perlembagaan Negara? Sudahlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kuasa Sultan-Sultan mahupun Raja-Raja Melayu sudah bernai dipertikaikan, kini maruah anak bangsa juga sudah bleh dikompromi asalkan mampu memenangkan kuasa politik.

Walau semaju mana sekalipun yang bakal kita kecapi, nilai-nilai ketimuran, adab resam sesuatu kaum serta anutan agama serta kemuliaan Islam harus ditegakkan terlebih dahulu, bukannya mengagungkan kuasa politik sehingga semua perkara diboleh dan dihalalkan. Ini tidak betul sama sekali dan dikhuatiri, satu ketika nanti, negara ini akan bertukar menjadi sebagai negara yang bebas tanpa sebarang pegangan agama.

Sepatutnya, sebagai seorang Ahli Parlimen dan beragama Islam, dia harus sedar bahawa nilai-nilai keMelayuan dan Islam itu harus dipertahankan. Bukan kedua-dua ini boleh diperdagangkan atau boleh dikompromi demi menjaga air muka ketuanya DAP.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...