Get $25 free
loading...

Inikah Yang Dinamakan Penderitaan Rakyat Di Bawah BN?

Share This:

Rasanya, lebih separuh daripada warga kota memilih untuk pulang ke kampung halaman atau memilih untuk membawa keluarga masing-masing melancong ke tempat-tempat menarik samada di Malaysia mahupun keluar negara. Fakta ini dapat dilihat dengan jelas apabila Kuala Lumpur dilihat kosong dan hanya dibanjiri oleh warga asing di beberapa lokasi tumpuan orang ramai.

Umum sedia maklum bahawa pembangkang di negara ini kerap kali melaungkan bahawa rakyat Malaysia hidup menderita akibat desakan ekonomi yang menekan mereka. Malah, di laman-laman sosial, ada sahaja yang merungut kononnya, perbelanjaan harian mereka bertambah akibat dikenakan caj cukai GST dan sebagainya. Namun, apa yang disaksikan sepanjang tempoh cuti Tahun Baru Cina ini jelas berlawanan.

Jika ada sesiapa yang memandu di Lebuhraya Utara Selatan samada menuju ke Utara mahupun Selatan, pasti akan menempuh kesesakan luar biasa di laluan tumpuan berkenaan. Ianya berlaku pada hari Khamis dan Jumaat dan dituruti pada hari Ahad dan juga Isnin. Kesesakan ini bukan dalam tempoh dekat. Cukup panjang sehingga kita boleh saksikan begitu banyak kereta tersadai di tepi jalan akibat kegagalan enjin.

Sebagai contoh, penulis sendiri tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada hari Isnin dari laluan Changkat Jering terus ke Slim River yang jaraknya mencecah 157 kilometer. Menurut beberapa orang rakan penulis, suasana pada hari Ahad jauh lebih teruk berbanding apa yang penulis sendiri alami pada hari Isnin yang lepas.

Persoalannya, seandainya rakyat di negara ini begitu tertekan dan hilang kemampuan untuk berbelanja, siapa yang menyesakkan laluan Lebuhraya Utara Selatan pada hari Khamis, Jumaat, Ahad dan Isnin yang lalu? Adakah ada kayu balak melintang di atas jalan raya sehingga mengakibatkan kesesakan sedemikian? Rasanya, apa yang penulis saksikan adalah kebanjiran berpuluh ribu kenderaan yang berpusu-pusu pulang ke kampung atau ke kota.

Itu baru satu contoh. Mari kita lihat bagaimana rakyat di negara ini menzahirkan penderitaan mereka akibat ditekan dengan cukai yang kononnya menekan dan keadaan ekonomi yang lembab sehingga wujud dakwaan, Malaysia bakal muflis tidak lama lagi dan rakyat terus menderita akibat desakan hidup.

Pada satu kesempatan, penulis sempat meninjau suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2. Siapa sangka, semua tiket penerbangan samada domestik mahupun antarabangsa telah habis ditempah dan suasana di kedua-dua lapangan terbang itu begitu sibuk seperti berada di pasar borong.

Menurut seorang penjaga kaunter pelepasan di KLIA 2 yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, keadaan seperti ini biasa berlaku terutamanya melibatkan cuti perayaan mahupun cuti sekolah. Katanya, operasi akan bertambah sehingga 3 kali ganda dengan kebanjiran orang ramai yang mahu menikmati cuti panjang bersama keluarga tanpa mengira destinasi samada domestik mahupun antarabangsa.

Di lain kesempatan pula, penulis meninjau pula keadaan di Jeti Lumut yang menghubungkan Lumut dan Pulau Pangkor. Dari apa yang diperhatikan keadaan yang hampir sama seperti di KLIA dan KLIA2 turut berlaku di jeti berkenaan pada hari Sabtu yang lalu. Malah dikhabarkan, perkhidmatan kereta sewa yang mengenakan bayaran RM 130 hingga RM 180 sebuah juga turut habis dengan kesemua hotel dari RM 100 hingga RM 2,000 semalam turut habis ditempah.

Di Cameron Highlands pula, ceritanya hampir sama. Laluan mendaki dari Tringkap menuju Kea Farm dan seterusnya ke Brinchang, dibanjiri orang ramai sehingga mengakibatkan kesesakan lau lintas mencecah angka lebih satu jam. Diberitakan, kediaman homstay dan hotel juga dikhabarkan hampir habis ditempah dan menurut seorang peniaga sayur di Kea Farm, hasil jualannya bertambah hampir 5 kali ganda daripada biasa.

Itu baru sedikit contoh lokasi yang penulis sendiri pergi saksikan pada musim cuti Tahun Baru Cina kali ini. Persoalannya, adakah ini lambang kesengsaraan rakyat? Adakah ini lambang ekonomi Malaysia semakin hancur di bawah pentadbiran BN seperti di dakwa pembangkang? Adakah ini lambang betapa rakyat hari ini terpaksa mengikat perut hanya untuk meneruskan kehidupan seharian?

Berhentilah menipu diri sendiri dengan mengeluarkan dakwaan yang karut. Kelompok gila dan busuk hati ini perlu sedar, semakin mereka menyebarkan maklumat palsu pada rakyat, rakyat sendiri akan membuka pekung mereka dengan membanjiri begitu banyak lokasi pelancongan dan pulang ke kampung halaman setiap kali musim cuti.

Mereka mungkin merasakan, mereka mampu menipu rakyat. Hakikatnya, mereka sebenarnya menipu diri sendiri dengan dakwaan karut yang mereka sendiri reka hanya untuk mengelirukan rakyat. Melucukan, rakyat yang terpedaya adalah antara mereka yang tersekat di kesesakan lalu lintas atau mungkin juga mereka juga menikmati percutian dengan hampir kesemuanya dikenakan cukai GST samada mereka sedar ataupun tidak.

Sekarang, sila tanya diri sendiri. Adakah rela kita diperbodohkan oleh kelompok yang busuk hati terasuk pemimpin pembangkang atau kita sendiri rela membodohkan diri dengan menafikan nikmat yang dinikmati hasil daripada kestabilan sebuah kerajaan yang ditadbir oleh BN di bawah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...