Isu Penjualan Tanah Ijok yang mengikut harga semasa yang tinggi iaitu RM1.18 bilion menjadi tanda tanya 981 peneroka apabila mereka mendakwa terdapat elemen penipuan dalam perkara itu.
Lebih teruk kerajaan negeri yang ditadbir dibawah PKR ini dikatakan turut gagal secara adil membela nasib kira-kira 981 peneroka asal apabila tuntutan mereka untuk mendapatkan pampasan wang tunai termasuk sebuah rumah seperti yang dijanjikan dinilaikan mengikut harga pada tahun 2000, bukannya berasaskan kepada harga semasa.
Wang RM180,000 yang sepatutnya diberikan dahulu pun dikatakan ada peneroka yang masih belum terima.
Menurut sumber berkata, pemaju janji nak beri rumah jenis semi D yang dilengkapi dengan empat bilik jika diikutkan dengan tawaran sebelum ini.
Malangnya apabila melihat perjanjian baharu dikatakan oleh seorang peneroka,apa yang ditawarkan ialah sebuah rumah dengan tiga bilik sahaja, sama seperti rumah kos rendah.
Wakil penduduk, Mohd Fadzil Ibrahim juga baru-baru ini menyatakan, segelintir penduduk kini tidak berpuas hati berikutan sebelum ini mereka dijanjikan rumah jenis berangkai (semi D) namun mereka difahamkan akan menerima kediaman bersaiz lebih kecil.
Tambahan lagi, (pemaju) dikatakan menyuruh pembeli menandatangani perjanjian tanpa menunjukkan sebarang pelan rumah.
Susulan itu juga dikatakan sebahagian daripada peneroka juga enggan menandatangani perjanjian baharu itu,seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena dalam hal tersebut.
Pemberian rumah itu dikatakan tidak mengikut spesifikasi asal seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar turut menyelar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan menyifatkan tindakan kerajaan negeri dalam isu tanah tersebut seolah-olah satu pengkhianatan kepada rakyat sekali gus.
Lebih meragukan penjualan tanah yang dianggarkan seluas 880 hektar di mukim Ijok kepada sebuah syarikat pemaju swasta disokong penuh kerajaan PKR.
Inikah yang dikatakan membantu penduduk? Adakah Azmin cuba mencari keuntungan tertentu di sebalik penjualan tanah berkenaan?
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini